Friday 3 February 2012

All about Solat. Pray. ;)

Assalamualaikum. Just sharing about solat. 



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."





Solatlah. Kerana solat itu tiang agama, yang paling utama. Nescaya lapang dada dan disucikan hatinya :')
Tidak solat, maka runtuhlah Islam. Solat fardhu adalah wajib, kalau tahu knp tak buat? 
Nak tunggu mati baru solat dan akhirnya menyesal pun xguna. Solatlah di belakang imam, sebelum kamu disolatkan di hadapan imam. :) 

No comments:

Post a Comment