Teehee. Its holiday and i got lot of free timeeee
yahoooooo!
Okay. Be serious now.
As i've promised, i want to post about Zikir Ya Latiff.
"Dengan mengingati Allah, jiwa pasti akan tenang."
Ya Latiff.. means, Yang Melembutkan. Salah satu nama Allah.
Zikir Ya Latiff is zikir pelembut hati,
boleh melembutkan hati yg keras, in sha Allah..
Surah Asyura ayat-19.
baca lah sebanyak mana yg mungkin. Asasnya di amalkan 129X.
Beri tumpuan pada lafaz zikir,
pasti jatuh air mata..
Kelebihan Zikir Ya Latiff
1.Berkesan membentuk peribadi anak-anak dan menangani kerenah anak untukmengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak dan juga supaya anakmudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya .
-Mula-mula berselawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian baca surah taha ayat 1-5, hembuskan dan sentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI dan menyatakan harapan. sambil berzikir Ya Latiff didalam hati
-Membaca surah Thaha ayat 1-5,baca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali ) Baca berulang kaliYa Latiff kemudian tiupkan pada botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
-Semasa menidurkan anak dalam buaian baca zikir Ya Latiff
-Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak usapkan kepala anak dan berselawat, Baca berulang kali zikir Ya Latiff sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)
2. Sebagai Suami/ isteri atau yang masih bujang ( ingin mendekatkan jodoh) ,Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff sambil berniat di dalam hati melembutkan hati diri sendiri, melembutkan hati pasangan Suami / isteri atau pasangan kekasih, Meredakan ketegangan rumah tangga, meredakan sifat marah, mengelak perceraian dan melembutkan hati musuh..
3. Bagi yang ingin mendapatkan kemurahan rezeki, mendapatkan pekerjaan, kenaikan pangkat dan melariskan perniagaan atau menghadapi peperiksaan atau temuduga… Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff dan surah as-Syura ayat 19 ( seperti di atas) sambil berniat apa yang di hajati.. Insya Allah mudahan berjaya.
4. Juga dikatakan dengan izin Allah perbanyakkan membaca Zikir Ya Latiff sebagai penawar perbagai penyakit atau terkena sihir …
5. Ketika ribut petir maka eloklah di perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff ni ,InsyaAllah akan redalah ribut petir...
6. Bagi yang menghadapi musibah atau bencana elok perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff untuk kuatkan semangat dan ketabahan hati menghadapi segala ujian..
*Copy from google.
Correct me if im wrong.
Byk lagi faedah berzikir right..
Utk melembutkan hati diri sendiri, boleh amalkan zikir ini :)
Harap dpt diamalkan lepas ni, In shaa allah..
That's all from me, thank you!