Sunday 22 January 2012

Cinta Sehujung Kuku

Assalamualaikum readers and hello. 
And I ter baca cerita ni dalam fb. :') Sangat indah kata-kata nya. 
Hayatilah bait bait 'Cinta Sehujung Kuku'. Aiseh, jiwang puloks jemah.



Pada suatu masa, tinggal sepasang suami isteri yang saling menyayangi

Pada suatu hari, si isteri membuat satu permintaan kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya. Dia meminta kepada suaminya untuk tidak menghubungi dia langsung selama sehari..

Si isteri berkata kepada suaminya, “Bila abang dapat melepasi syarat itu, saya akan mencintai abang selamanya”. 

Si suami bersetuju. Seharian dia tidak sms dan menelefon isterinya tanpa dia mengetahui bahawa isterinya hanya memiliki 24 jam untuk hidup, kerana si isteri menghidap kanser..

Keesokan harinya si suami itu pulang ke rumah.

Air matanya menitis melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan yang bertulis “Kamu berjaya sayang, bolehkah kamu lakukan perkara itu setiap hari..? Saya mencintai kamu selamanya..”

Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh.Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut.Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur.Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh.


*Dan Janganlah pula kita cintai manusia lebih daripada Tuhan Yang Esa. :)
Cintailah suami mu kerana Allah sehingga Jannah. Amin.. 

Menutup post diiringi dengan lagu 'As Long As You There.' 

Kerana terlalu merindukan syurgamu Ya Allah, aku akan terus mencuba mendptkannya. :')


No comments:

Post a Comment